nuRul nFe...

Saya adalah pengedar sah SHAKLEE dan pengamal produk Shaklee tegar (highly diciplined consumer) Blog ini lebih kepada perkongsian hasil kerja Make-up, pengalaman bershaklee, dan testimoni2 sendiri walaupun ada banyak sekali testimoni2 keluarga dan customer2 saya

Dr Shaklee adalah Orang Pertama Mencipta Vitamin dan Kajian Beliau Bertepatan dengan Alam Semulajadi, Beliau Percaya Apabila Sesuatu Itu Berharmoni Dengan Alam Semulajadi, lanya Adalah Baik Untuk Kesihatan

Nurul cnurul79@yahoo.com sms / whatsapp 013-5847882 Penghantaran Seluruh Malaysia

Jom dapatkan HARGA PROMOSI bersama saya Pengedar Sah Shaklee ■ Perunding Vitamin Shaklee secara Percuma & Penerangan cara makan Vitamin Shaklee dengan cara yang betul ■ Walk in dimana-mana Branch / HQ Shaklee diseluruh Malaysia dengan menggunakan ID No. 921401 untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee hanya RM65

Juga kepada anda yang ingin menambah pendapatan, anda boleh hubungi saya Saya akan masukkan anda dalam secret group InsyaAllah saya akan guide anda sebaik mungkin Jika betul-betul fokus dalam masa 3 bulan ke atas insyaAllah akan merasa income 4 angka

Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud,"

CEBURILAH KEGIATAN PERNIAGAAN KERANA DI DALAMNYA TERDAPAT 9/10 SUMBER REZEKI"(Al-Tirmizi)

Exchange LINK

Showing posts with label Shaklee Difference / Perbezaaan Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Shaklee Difference / Perbezaaan Shaklee. Show all posts

Thursday, April 16, 2015

Saya tanggung Kos GST 6% anda untuk belian barangan SHAKLEE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!

Sedia maklum sudah lebih 2 minggu GST telah dilaksanakan. Ramai yang bertanya saya, SHAKLEE tak kena GST kah? Untuk pengetahuan semua, sempena GST hampir kebanyakan barangan kegunaan harian dikenakan GST (Goods & Services Tax). Semua rakyat Malaysia dah maklum dengan mekanisme GST bukan???

Asas GST
Shaklee juga tidak terkecuali daripada terlibat dengan GST. 



Shaklee ada menganjurkan talk untuk menerangkan tentang GST oleh unit kewangan Shaklee. Shaklee mengenakan GST terhadap DN price atau mudahnya harga ahli. Harga runcit kekal sama. Sebagai contoh, harga runcit ESP kekal sama seperti sediakala iaitu RM150. Tak berubah walaupun GST dilaksanakan. Cuma penyelarasan harga dibuat atas harga ahli. Saya tanggung kos GST 6%. Hehe. Anda bayar sama seperti dulu. Harga runcit kekal sama. Don't worry.  

Ni salah satu slide yang dikongsikan.

 FAQ tentang GST Shaklee



Kalau nak harga lebih jimat untuk makan sendiri, meh pakat ramai2 jadi ahli. Tak rugi pun jadi ahli sebab yuran keahlian adalah seumur hidup.

Kelebihan Ahli Shaklee


Hubungi saya untuk pendaftaran sebagai ahli Shaklee. 

Rakan Shaklee Anda
Nurul Fazilah (Nurul) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-4387016

Monday, March 2, 2015

Halalkah Bisnes MLM ni? Ikuti kupasan Ustaz Azhar Idrus dan Dr Zaharuddin

Tahukah anda? MLM iaitu Network Marketing ini just a business model dan ia salah satu CARA pemasaran dlam bisnes sahaja. Jahat kah MLM ini? Halal kah MLM ini? Ramai yang masih tidak faham perjalanan business model ini. Jom kita ikuti 2 pandangan dari tokoh hebat Ustaz Azhar Idrus dan Dr Zaharuddin tentang ciri-ciri MLM yang halal.
 
 

Buat yang masih mencari-cari bisnes untuk menjana pendapatan ke-2, rebutlah peluan untuk terokai menjadi seorang usahawan Shaklee.

Tahukah anda, Shaklee telah dinobatkan sebagai Best Brand in MLM (nutritional supplement category) di majlis gilang gemilang Brand Laureate Award 2014/15. Alhamdulillah, walau segala cabaran dan dugaan yang melanda cycle 2014/2015 ni, kami dikejutkan dengan kemenangan award ni. Semoga setiap usaha kitda dan niat kita sentiasa diberkati dan diredhai Ilahi. Sesungguhnya jelas, Allah uji sebelum diberikan nikmatnya.

Ingat yer, sistem MLM dalam Shaklee adalah telus, adil dan No "fancy" atau "hidden agen" yang mengelirukan serta menjanjikan sekian ribuan ringgit dalam masa sekian-sekian. Ini bukan skim cepat kaya! No short-cut nak kaya! Hasil usaha bisness Shaklee semuanya tertakluk kepada usaha kita, strategy yang kita susun, ilmu yang kita ada dan kekuatan minda, emosi dan rohani anda, bukan tertakluk kepada JANJI UPLINE! Ingat tu!!!!

 
Hubungi saya
Sen Supervisor Shaklee
Whatsapp / SMS : 017-4387016 
Email : cnurul79@yahoo.com
COD Shaklee : Seri Iskandar | Uni Teknologi Petronas | UITM Seri Iskandar | Tronoh
 

Tuesday, October 28, 2014

Shaklee Effect : Menggunakan Shaklee dengan cara saya sendiri.

Baru-baru ini, saya telah membuat group gathering dan jemputan khas, of course ler leader saya Master Azlin dari Empayar SuccessSupermommies naungan Empayar Jutawan; PM Master Cery. Setiap dari kami dikehendaki memulakan bicara dengan bagaimana saya / kami boleh terjebak dengan Shaklee? Saya sendiri tidak sangka kerana sebelum tahun 2013, perkataan SHAKLEE pun saya tidak pernah tahu. 

Apakah Shaklee?

Shaklee merupakan peneraju perniagaan & pembuatan suplemen / vitamin semulajadi terulung di dunia, berusia lebih 55tahun, dan lebih 30 tahun di Malaysia. Walaupun begitu, selain suplemen, Shaklee juga mengeluarkan produk-produk lain. Boleh rujuk web Shaklee : www.shaklee.com.my



Adakah Shaklee halal?

Ya. Produk Shaklee Malaysia disahkan halal oleh Islamic Service of America yang merupakan badan diiktiraf JAKIM.

Saya mula makan Shaklee sebab utama untuk repair skin yang bermasalah. Walaupun tak seteruk jerawat batu, saya mempunyai masalah kulit yang berminyak, kulit yang sedikit kasar berjeragat (ini menampakkan tidak awet muda) dan mudah naik jerawat serta meninggalkan parut. Haishhh..memang merimaskan kalau mempunyai masalah  cam ni kan. Sungguh sadis sebab pelbagai usaha tanpa jemu dilakukan. Selepas beberapa ketika nampak keberkesanan pada diri sendiri, saya mula berjinak2 dengan bisnes Shaklee kerana antara sebab2 utama di bawah;
  • Produk yang berkualiti dan berkesan : Set kulit (Vita C, Vita E dan Vita B) pertemukan saya dengan Shaklee dan terus jatuh cinta. Sign up FREE MEMBER dengan belian Promosi Collagen sebulan selepas itu. Lebih kagum bila saya ketahui setiap bahan di dalam produk Shaklee menjalani 350 ujian kontiminasi dan hanya bahan mentah dengan Gred A sahaja dibenarkan untuk produksi.
  • Tiada paksaan daripada UPLINE : Tipikal MLM di Malaysia adalah orang atas agak "pushy" kepada orang bawah dan ini tidak berlaku dalam bisnes Shaklee saya. Malah sangat terkejut mengetahui Shaklee adalah pelopor dalam bisness MLM kerana Leader saya, MASTER AZLIN sendiri tidak pernak memaksa saya untuk terjebak dengan bisness ini. Saya sendiri yang meminta dan menyerah diri untuk menjadi anak didik beliau. Walaupun kini saya sudah bergelar SUPERVISOR, saya masih lagi duduk di bawa ketiak beliau untuk belajar, belajar, belajar dan sentiasa belajar. :)
  • Sistem Bonus yang Adil : Shaklee sangat unik kerana kita boleh dapat bonus walaupun TIADA Downline. Anak boleh pintas upline pada bila-bila masa untuk dapatkan bonus yang lebih tinggi dan paling penting, Shaklee beri bonus pada siapa yang usaha lebih. Bukan goyang kaki atau mengkayakan orang atas. Usaha kena setimpal untuk dapatkan Wang Besar. Bisness Shaklee mengubah pandangan saya yang negatif tentang bisness MLM serta mengubah saya untuk lebih positif kepada perkara-perkara yang lain.
  • Bisness yang MUDAH dan boleh dilakukan di rumah : saya maksudkan MUDAH kerana peranan saya adalah untuk berkongsi/Sharing dengan ramai orang tentang keseronokan saya menggunakan Shaklee dengan cara saya sendiri. Boleh gunakan sebarang media sosial untuk berkongsi. Ini sangat sesuai untuk saya yang jenis sedikit pemalu bila berjumpa dengan orang. Jadi, gunakan semua platform dengan cara menulis. Duduk rumah tak ler goyang kaki je kan. Isi masa mana yang terluang. Asal ada internet, saya boleh bekerja walau di mana saya berada.
  • Konsep Kerohanian yang ditekankan : Saya tidak pernah jumpa group yang mementingkan tentang kerohanian. Kepentingan untuk bergantung kepada Allah dalam menjemput rezeki. Besar ertinya kepada saya kerana Shaklee mengingatkan kembali kepada konsep back to basic. Selama ni hanya membaca di dalam buku-buku. Kini saya sendiri mengamalkannya. SubhanAllah, MasyaAllah. Konsep kerohanian yang diterap itu membuatkan saya makin jatuh cinta. Memang luar biasa kerana banyak mengubah hidup saya. Lagilah saya suka buat Shaklee dengan sepenuh hati.
  • Sistem Sokongan yang Kuat : Walaupun kami semua berniaga produk yang sama, tetapi kami tidak bersaing. Bahkan kami saling berpimpin tangan untuk mendaki puncak. Bila sama-sama down, sama-sama kami akan saling menaikkan motivasi sesama kami. Menarik bukan??? Kalau bukan sebab bersama Shaklee, tak mungkin saya belajar tentang kanser untuk membatu pesakit kanser, seni dalam nutrisi untuk kesihatan dan macam-macam lagi. Bahkan Shaklee juga menjadi asbab untuk saya menuntut ilmu marketing dari pelbagai sumber yang kemudiaan membantu lebih ramai orang untuk membuat bisness online.
  • Mesra Kanak-kanak / Family Friendly Group : Pernah hadiri mana-mana seminar dan anak-anak boleh berlari dalam kelas tak??? Mungkin mustahil di tempat lain tetapi tidak dengan Seminar atau coaching class kami. Tidak perlu pening mencari pengasuh anak kerana kita boleh bawa anak bersama ke kelas. Ada aktiviti khas yang disediakan untuk anak-anak.



Pandangan Saya.. (Bukan saya seorang malah ramai lagi ahli/pengedar shaklee yang kata camni.. :)

Join Shaklee tidak menjalankan bisness semata-mata kerana mendapatkan sesuatu (duit atau harta), tapi lebih kepada menjadi sesuatu. Contohnya kita tolong orang apa yang mereka kehendaki iaitu dengan menjual produk kesihatan ni, kita membantu orang ramai mendapatkan kesihatan yang baik. Keyakinan dan kepercayaan mereka, keutamaan kami. Yang nak jadi member pula, dapat menikmati beberapa keistimewaan bukan keuntungan semata2.
Alhamdulillah, dari sehari ke sehari kualiti diri saya, saya berusaha perbaikinya. Kita memang insan yang lemah, dan ia memberi banyak ruang untuk muhasabah. 

Menjadi saya, saya tidak pernah memaksa sesiapa untuk lakukan apa yang mereka tak mahu. Tapi sesiapa yang nak lakukan apa yang mereka mahu, serius, cekal, In Shaa Allah saya akan sedaya upaya membantu.

Ini bagi yang serius yer. Kalau anda serius dan berminat boleh LIHAT SINI.


Thursday, September 18, 2014

Mula percaya, kemudian jatuh cinta.

[ Shaklee Difference ]

Ramai yang "Claim" produk syarikat mereka berkesan, tapi dengan Shaklee kami MEMBUKTIKAN produk kami bukan shj BERKESAN, malah SELAMAT dan MESRA ALAM.

Ini bukan omong kosong yer..this is #‎shakleedifference. Bukan baru setahun dua bertapak. Dah lama...lebih 50 tahun di pasaran. Dah ramai mencuba, dah ramai yang merasai ‪#‎shakleeeffect‬. Makin ramai yang terus menggunakannya (bukan bermusim) dan semakin hari semakin ramai yang 'terpaksa' menjadi SID sekaligus terus jatuh cinta dgn #‎keahlianshaklee..

Ini BUKTI KUKUH...bukan produk bermusim2 yer Shaklee nih. Ini antara sebab saya percaya dan jatuh cinta dengan Produk Shaklee.
 
Buktinya ::
(1) lebih daripada 100 kertas kajian klinikal dan saintifik diterbitkan dalam jurnal saintifik yang menyokong keselamatan dan keberkesanan produk Shaklee.

(2) Penyelidikan saintifik telah menjadi teras strategi syarikat selama lebih dari 30 tahun.

(3) Shaklee mempunyai barisan saintis yang sentiasa komited dalam menjlnkan beribu-ribu kajian dan ujian kualiti terhadap 1 jenis produk sebelum satu produk itu dipasarkan. Tak ramai syarikat nutrisi yang mempunyai barisan saintis untuk membuat kajian dan ujian kualiti produk. 


 Shaklee id : [921401] Pengedar Sah Shaklee Perak 
SMS / Whatsapp : [017-4387016]
Email : cnurul79@yahoo.com
 LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak

Tuesday, August 5, 2014

Soalan yang patut anda tanya adalah Patut Beli EPO atau GLA Complex?

2 hari lepas saya share kat Facebook tentang pentingnya Asid Gamma-Linolenik (GLA) untuk cantik & langsing. GLA di kedai-kedai farmasi kebanyakkannya dijual dari sumber evening primrose oil (EPO). EPO memang sinonim dengan wanita

Soalan lazim: Apa beza GLA Dan EPO? Shaklee takde jual EPO?

Jawapan simple: EPO kaya dengan GLA. Borage juga kaya dgn GLA. Kebanyakkan GLA yang sedia ada di pasaran dihasilkan daripada EPO. Tetapi RAMAI YANG TAK TAHU kepekatan GLA berbeza dalam kedua-duanya. BORAGE mengandungi GLA dua kali ganda yang lebih tinggi dari EPO. Dari segi bioavailabiliti (kadar penyerapan) BORAGE juga adalah 3 kali lebih berkesan daripada EPO.

Soalan yang patut anda tanya adalah: Patut beli EPO atau GLA Complex Shaklee?
Anda buat keputusan sendiri. Apa yang saya boleh beritahu adalah GLA COMPLEX Shaklee menggunakan bunga borage sebagai bahan utamanya.

Lagi soalan HOT: Kenapa produk shaklee disebut GLA COMPLEX? Kenapa tak disebut minyak borage je?
Kerana kandungannya memang COMPLEX. Bukan sekadar borage. GLA Complex Shaklee mengandungi asid gamma linolenik (GLA) dari minyak borage, asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Bioavailabitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap ke dalam sel dan tisu dengan lebih baik

Sekarang anda boleh jawab samaada nak EPO atau GLA Complex.
Anda nilaikanlah sendiri. Jadilah pengguna yang bijak. Jangan pening2.

Saya dan rakan-rakan saya yang cantik-cantik dan jelita semuanya memilih GLA Complex.

Ingat yer, GLA Complex bukan sahaja untuk wanita. Ia juga penting untuk kanak-kanak, remaja dan juga orang dewasa lelaki dan wanita.



Shaklee id : [921401] Pengedar Shaklee Perak 
SMS / Whatsapp : [017-4387016]
Email : cnurul79@yahoo.com
 LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease



Friday, August 1, 2014

Buat BISNES tidak seperti MAKAN GAJI

BEKERJA untuk BELAJAR.

Setiap hari pasti saya akan mengikuti satu sharing session (Online Secret Group) yang dianjurkan oleh leader2 Group JUTAWAN Shaklee yang amat berjaya. Antara salah satu sharing yang betul-betul membuatkan saya termenung dan mengelamun mengenangkan diri saya sendiri apabila menyentuk bab kerja makan gaji dan kerja sendiri. Saya antara sebahagian yang masih kerja makan gaji dan melakukan kerja sampingan untuk mencari pendapatan tambahan. Dalam erti kata lain, member-member cakap saya ni RAJIN mencari duit...ahakkksssss....masalahnya skrg, sape yang tak nak duit kan? Dengan duit macam2 kita boleh buat dan salah satu caranya digunakan untuk mencari saham di akhirat. Yang penting BACK to BASIC. Back to Allah.


Mentaliti Saya Dahulu dan Sekarang Ketika Makan Gaji
Bagi orang yang makan gaji, mentaliti dari segi rezeki yang dapat setiap bulan memang amat berbeza dengan orang yang membuat bisnes sendiri.

Setiap bulan kita pasti akan mendapat gaji dan tidak pernah risau akan saat di mana duit tidak cukup. Kalau duit habis belanja bulan ini, ahhh tak pe, bulan depan dapat lagi, sekian hari bulan, apa susah !

Memandangkan saya dahulu dan sekarang masih seorang yang makan gaji, maka dengan ini saya bersetuju dengan pernyataan di atas. Apabila tetiba bulan ini saya terlebih belanja, saya tak risau yang duit akan habis sebab bulan depan pasti majikan saya akan bayar gaji. Cuma kena bijak mengagihkan ikut keperluan yang perlu diutamakan.

Namun atas sebab yang tertentu dan atas sebab minat dan matlamat yang tinggi untuk mengisi masa terluang dan mengubah ekonomi keluarga kepada yang lebih baik, kepada lebih FREEDOM, keluar dari COMFORT ZONE, saya membuat kerja sampingan.

Mentaliti Saya Sekarang Apabila menjana pendapatan online secara sampingan a.k.a Buat Kerja Sendiri
Kalau makan gaji kita tahu berapa banyak gaji yang kita dapat bulan tu. Kita MC ke, kita AL ke, kita tidur ker time kerja, gaji kita tetap dapat dalam jumlah yang sama pada bulan tu.
Tapi, kalau bisnes, kita tak tahu 'gaji' kita banyak mana bulan tu. Kena keluar dari ZON SELESA. Kena LAWAN RASA TAKUT yang bersarang dalam hati. Kena berjuang setiap detik. Tidak boleh putus asa. Kena bina KEYAKINAN diri yang tinggi. Ini semua makan masa yang panjang di mana ia memerlukan KESABARAN yang kuat dan berterusan. 
Setiap hari perlu ada USAHA, DOA, TAWAKAL. Nak tahu kenapa?  Sebab kita kerja untuk diri kita bukan untuk orang lain. Sebab tu lah, sesiapa yang eksaited nak mulakan bisness atau sedang berbisness tapi rasa lemau, tanya diri sendiri semula, kenapa KITA nak buat BISNES?  Listkan 30 SEBAB kenapa KITA NAK buat bisnes. Lagi banyak REASON yang kita senaraikan, LAGI LAMA kita boleh bertahan dalam bisnes yang kita pilih tu.
Kalau makan gaji, kita tak boleh terus kata nak resign hari ni unless cash saving dah berkoyan-koyan, bolehlah tender terus 24 jam. Berani ker??? Nak cuti pun tak boleh cuti terus, kena apply dulu dan tunggu approval. Kalau buat bisnes, nak cuti bila-bila pun boleh cuti. Nak rehat berbulan-bulan pun tak ada sapa nak marah. Marah kat diri sendiri jer ler kalau makan tak cukup...hu3...
Kalau buat bisnes, bila-bila kita boleh kata nak giveup, nak quit sebab bisnes kita. Cuma kalau kita give up kita quit, siapa yang rugi? Tentulah SENDIRI yang rugi. Betul tak?? Sebab tu orang yang buat bisnes ni 'COMEL' nya lain macam sikit. Sebab saya tengok rakan2 saya yang buat bisnes diorang ni 'COMEL' lain macam. Bersemangat kental, postif selalu, pendirian yang teguh. Dalam hatinya, kita tak tau cam ner perit jerihnya mereka (termasuk saya sendiri sekarang) untuk mengembangkan empayar perniagaan masing-masing.

Apa-apa pun, saya suka kedua-dua nya. Makan gaji ke, buat bisnes ke. Kedua-dua nya adalah ibadah dan ada manisnya tersendiri. Yang penting enjoy bersama keluarga tersayang. Saya dah rasa kedua-duanya. Kiranya skrg 14 tahun saya makan gaji DAN 2 tahun buat online bisnes Shaklee. Buat bisnes feelnya sungguh lain even part time. I love it so much. Dapat merasai semua masam, masin, pedas, manis, pahit, payau dll lg. Alah Bisa Tegal Biasa.


Sentiasalah Bersangka Baik Kepada-Nya 
Walaupuan saya ada dua pendapatan, satu tetap dan satu lagi tak tetap. Turun naik dalam perniagaan itu lumrah. Bersyukur dan redha atas kehendak-Nya, kerana ustaz sentiasa berpesan di dalam ceramah 
“Walaupun seteruk mana ujian yang kita hadapi di dunia, kita wajib bersangka baik yang percaturan Allah lebih baik daripada segala-galanya”.
  
Semoga status ini membantu kita semua untuk terus bangkit jika jatuh di tengah perjalanan dalam usaha membina empayar bisnes. BAGAIMANA? Hanya dengan BACK TO BASIC. InsyaAllah, jika CINTA dihati, keajaiban menanti...All is well

Wassalam :)


Tuesday, July 22, 2014

Shaklee & Israel

Bila bercerita tentang Gaza, ada yang memandang serong kepada kami Pengedar Shaklee..!! Ada yang menuduh kami buta hati kerana mengejar kekayaan dunia. Sanggup bersekutu dengan Israel. Sampai ada yang mempersoalkan berkat tak berkat rezeki kami. Berat sungguh tuduhan dan fitnah.

Tapi kami tersenyum dan terus tersenyum kerana kami tahu apa yang kami lakukan. Kami tahu apa yang mereka-mereka tidak tahu. Ingat ye, dosa Fitnah tu besar azabnya.

Kita hukum orang ikut yang kita nampak dan dengar saja apa percakapan org lain. Jikalau kita tahu yg tersirat di dlm hati, nescaya kita akan lebih waspada kawal lidah kita. Nescaya kita akan tambah taqwa kpd ALLAH.. Ya Allah !!! Mohon ihsankan dan sempurnakan zat intipati diri kita dan buatlah denganya tiang teguh untuk lindungi kita di dunia dan juga di akhirat dan kurniakan kita sangkaan baik terhadap setiap hamba Allah... Amin.

Alhamdulillah, takyah saya cakap banyak-banyak. Terima kasih Mr Roger Bradford dan Shaklee Malaysia for response. Sejuk hati kami bila terima email dari Shaklee Highest Management. "WE WANTED TO MAKE IT VERY CLEAR THAT SHAKLEE IS AGAINST VIOLENCE OF ANY KIND ANYWHERE IN THE WORLD." Ayuh para AglowJutawan tersayang, sekarang kita fokus untuk doa banyak-banyak dan memberi sebanyak yang mungkin (sebab tu kena pulun bonus besar jadi boleh beri banyak2)

Isu Shaklee sokong Israel, Shaklee sumbang dana ke Israel bukan satu isu baru. Kisahnya berpunca daripada website satu badan bebas namanya Keneseth Israel. Website tersebut telah mengelirukan banyak pihak dengan meletakkan logo rasmi Shaklee di websitenya. Siapa2 yang klik logo itu akan link ke page salah seorang ahlinya, Dave Miller dan ahlinya ini adalah pengedar bebas Shaklee. Sedangkan Shaklee tak terlibat menyumbang dana israel. Faham tak? Dan saya percaya ia menyebabkan ramai yang panik dan membuat andaian sendiri kononnya Shaklee sokong Israel, sumbang dana ke Israel dan macam2 lagi tuduhan dan andaian liar. Perkara ini pernah diajukan kepada Shaklee Malaysia dan mereka dah pun mengesahkan yang Shaklee tidak ada kaitan. Bila dah diterangkan, reda sekejap. Tapi biasa lah kan, dah nama pun isu berbangkit. Bila datang balik musimnya, ramai lagi yang membuat tuduhan dan andaian bukan2. Nah sekarang pihak Shaklee Management telah mengeluarkan kenyataan rasmi hitam putih berkaitan isu tersebut. Bacalah sendiri yer. 


Mana-mana yang masih ragu-ragu, yang masih tak puas hati, terserah. Niat saya nak berkongsi kebaikan. Tuhan sahaja yang tahu apa yang ada dalam hati saya dan niat saya. Ini bukan isu tegak benang basah atau apa. Kalau nak boikot, biar kita tahu kenapa dan mengapa, bukan sekadar andaian atau ikut-ikutan. Boikot ni bukan macam fesyen baju yang ada trend fesyen bermusim. Fahamkan terlebih dahulu istilah yahudi, zionis, israel dan maksud boikot sebenar-benarnya. Boleh baca di link UZAR : Hukum berbisnes dengan yahudi

Okaylah, panjang2 karang jadi cerita lain pulak :). Lebih baik saya terus berdoa dan membantu mana mampu. Mari warga AglowJutawan kita berusaha membuat lebih banyak kebaikan di mukabumi ini. Lagi banyak bonus dapat, lagi banyak kita boleh berikan ke jalan yang sepatutnya. Betul tak?. Bukan Dave Miller sorang je boleh buat dana, kita pun boleh kumpul dana dengan usaha kita sendiri. Jadi tanya diri kita banyak mana kita dah berusaha?  

Kesimpulannya, saya tetap sayang Shaklee sebab always safe, always work, always green dan yang penting Shaklee produk natural yang menentang segala bentuk keganasan kat dunia.


Shaklee id : [921401] Pengedar Shaklee Perak 
SMS / Whatsapp : [017-4387016]
Email : cnurul79@yahoo.com 

LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak 


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Thursday, June 12, 2014

PENCERAHAN : Kerana Shaklee, kami dikatakan menolak makanan SUNNAH ????

Kredit : Cikgu Mat
Hari ni just nak berkongsi persoalan yang sering bermain di dalam pemikiran para pengguna produk kesihatan Shaklee. Disertakan di bawah ini contoh soalan yang saya terima dari individu tertentu yang saya sembunyikan identitinya. Sebenarnya, ini juga merupakan salah satu soalan yang sering ditanya oleh pengedar Shaklee kepada saya kerana mereka sendiri tiada jawapan apabila ditanya oleh customer mereka mereka yang budiman.

SOALANNYA
Salam tuan. Saya terjumpa blog tuan bila cari-cari tentang Shaklee sebagai MLM yang patuh syariah. Terima kasih atas perkongsian.

Sebelum ni pun saya dah baca-baca (termasuk garis panduan MLM daripada Ustaz Zaharuddin & JAKIM). cuma nak yakinkan lagi... sekarang dah tak ragu-ragu lagi pasal tu. Saya pun sebenarnya pengguna Shaklee, cuma baru jer terbuka hati untuk turut berbisnes.

Saya cuma nak tanya, apa pendapat tuan, bila kita jual Shaklee seolah-seolah tak sokong ekonomi orang Islam/ bumiputra. yer la, sebab Shaklee produk US.

Satu lagi, penjual-penjual Shaklee ni dilihat macam tak sokong/tak amal makanan-makanan sunnah (kurma, madu, habatussauda dsb) & lebih menyokong produk US. Itu saja. Terima kasih.

JAWAPANNYA
1. Pertama sekali, terima kasih kerana sudi mengunjungi blog yang serba ringkas ini dan syukur alhamdulillah kerana tuan/puan dapat menghilangkan keraguan dengan bacaan daipada blog saya ini. Terima kasih sekali lagi.

2. Yang kedua, saya bukanlah jurucakap yang dilantik oleh Shaklee di Malaysia ini. Jadi jawapan saya adalah secara general sahaja mengikut pengetahuan dan bidang kepakaran saya sahaja. Untuk jawapan yang dilengkapi data, sila emel atau hubungi Shaklee untuk mendapat jawapan yang pasti dari pihak syarikat.

3. Sebenarnya ini bukanlah soalan yang sukar untuk dijawab, tetapi kerana sifat kebanyakan dari orang Melayu yang berfikiran negatif, bersikap layu dan mempunyai penyakit dengki yang tak dapat diubati, maka soalan begini menjadi isu besar kebanyakan daripada kita. Jika tidak percaya, tanyalah usahawan-usahawan Melayu, ada tak sesiapa yang cuba menjatuhkan perniagaan mereka? Jika ada, siapakah mereka? Jangan terkejut jika jawapannya adalah ‘Melayu’ sendiri. Kedengkian orang Melayu sukar sekali dikawal. TAPI soalan di atas adalah dikecualikan kerana saya yakin persoalan ini ditanya semata-mata untuk menolak persangkaan orang ramai terhadap produk Shaklee yang hebat ini.

4. Suka untuk saya bertanya kembali, siapakah yang mengatakan bahawa para pengedar Shaklee dan penggunanya ‘menolak’ makanan sunnah seumpama madu, habbatus sauda’ dan sebagainya? Saya juga ingin mengetahui sekiranya ada pengedar Shaklee yang memberi konsaltasi agar menghentikan penggunaan makanan sunnah dan hanya menumpukan penggunaan produk Shaklee kerana tidak ada seorang pun yang diajar untuk memberi konsultasi seumpama itu.

5. Untuk pengetahuan semua, para pengedar Shaklee sering berkongsi di dalam blog dan FB mereka tentang resepi-resepi Shaklee dengan menggabungkannya dengan makanan sunnah di atas. Tak perlu susah payah membelek, hanya rajinkan jari-jari anda menaip di browser anda tentu anda akan berjumpa dengan pelbagai resepi ‘rahsia’ Shaklee. Hatta saya sendiri menggunakan resepi ESP yang ditambah madu untuk mendapat kesihatan optimum. Ibu kepada pelajar saya mencampurkan habbatus sauda’ dengan minumn ESP dengan harapan anaknya cemerlang dalam pembelajarannya. Alhamdulillah, sekarang sudah 2 bulan berlalu dan anaknya kini semakin cemerlang dalam setiap subjek yang dipelajarinya.

6. Adakah dengan menggunakan Shaklee bermaksud kita MENOLAK makanan sunnah? Jika jawapannya ya, maka semua ubatan kesihatan patut kita minta kerajaan mansuhkan di hospital kerana ubat kimia hospital adalah jauh lebih ‘haram’ hukumnya digunakan. Bahan kimia di dalam ubat hospital jauh memberi kesan yang tidak baik kepada badan jika nak dibandingkan supplement Shaklee yang juga seperti makanan sunnah yang berasal dari sumber alam semulajadi.

7. Bukankah al-Quran sendiri menyatakan,”Makanlah makanan yang halal lagi baik”. Jika kita mempelajari ilmu Islam khususnya ilmu hadis dan al-Quran, nescaya kita dapat fahami bahawa hadis adalah pentafsir kepada al-Quran. Dalam kes ini hadis menyatakan dengan jelas makanan-makanan sunnah itu sebagai contoh kepada makanan yang baik dan halal itu. Maka, apa sahaja yang baik dan halal, nescaya hukumnya adalah harus dari segi syarak. 

8. Adakah jika menggunakan produk Shaklee bermaksud kita menyokong Amerika?! Tergelak juga saya membaca soalan ini. Sebabnya bukankah persekitaran kita sekarang hampir keseluruhannya menggunakan produk keluaran Amerika dan sekutu-sekutunya bermula dari pakaian, makanan, ubatan klinik dan hospital, perhiasan rumah dan sebagainya. Adakah salah kita menggunakannya? Kita perlu faham bahawa isu yang sebenarnya adalah adakah kita menyumbang kepada Amerika dalam menggunakan kuasanya untuk memerangi Islam? Dalam makluman saya, Shaklee langsung tidak tersenarai sebagai syarikat yang memberi sumbangan secara langsung atau tidak langsung dalam membantu Amerika dan sekutunya untuk memusnahkan negara-negara Islam tidak seperti Mc Donald yang ramai sekali orang Melayu ‘bersantap’ di dalamnya dan syarikat minuman Coca cola yang ramai juga Melayu menggunakannya. Ringkasnya, jangan berlaku tidak adil terhadap sesuatu yang jelas. Yang jelas memberi bantuan untuk membunuh umat Islam, tidak seorang pun berani bangun bersuara, tetapi bagi yang tidak memberi bantuan secara jelas, banyak pula gosip liar melingkunginya.

9. Jika anda ingin menyokong ekonomi orang Melayu, memang inilah jalannya. Shaklee telah meletakkan garis perniagaan yang jelas dan sangat menguntungkan dengan modal serendah RM 75 sahaja dan ada pula free membership jika memenuhi syarat tertentu. Tidak perlu simpan barang dan sebagainya. Paling penting, bisnesnya adalah buat jangka masa panjang kerana bidang kesihatan berkaitan manusia. Ada manusia, adalah pasarannya. Saya juga merasakan tiada lagi produk kesihatan yang dibuat oleh bumiputera yang dapat menyaingi produk Shaklee dari segi keberkesanannya dan ujian klinikal yang telah diuji beratus tahun lamanya. Jika ada yang seumpama itu, saya juga berminat untuk mengetahuinya.

10. Jangan menyusahkan diri sendiri. Rasullah SAW bersabda di dalam hadisnya yang mulia, Islam itu mudah. Jangan dipersempitkan dan jangan pula menakutkan orang ramai daripadanya”. Bukankah Islam itu mudah dan tidak menyusahkan umatnya dengan peraturan-peraturan yang tidak sepatutnya? Mengapa pula kita menyusahkan diri kita dengan perkara yang tidak sepatutnya? 

Semoga pencerahan ini dapat menyelesaikan pelbagai persoalan yang menyesakkan pemikiran anda sama ada sebagai pengedar atau pun pengguna Shaklee. Sekian.
 
 
Shaklee id : [921401] Pengedar Shaklee Perak
SMS / Whatsapp : [017-4387016]
Email : cnurul79@yahoo.com
 LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak
 

Monday, April 14, 2014

Kesihatan itu amanah !!

Mungkin ramai distributor Shaklee dah pernah faced situasi macam ni kan..

Si A : Jom try shaklee.
Si B : Taknaklah..Shaklee tu kan dari US..aku boikot barang2 Amerika nie..


Eh, betul ke ni Shaklee dari Amerika?
BETUL! Shaklee memang dari US..saya tak pernah deny the truth.. sebab professor yang menemui formula Shaklee ada yang berasal dari Amerika.

TAPI INGAT ye!
Kalau kita nak memboikot barang barang dari Amerika. Cuba anda semak barang di rumah anda. Telefon anda, kereta, laptop, perabut, barangan elektrik. Adakah semuanya bukan berasal dari dari US?
HALAL CERT 2014
Disini kami menjual KESIHATAN ? (menjaga kesihatan anda)
Bukan menjual produk. Kita hanya memerlukan yang TERBAIK untuk diri kita. Ingat kesihatan takkan mampu dibeli dengan wang ringgit. Ustaz-ustaz sekarang ni pun ramai yang guna Shaklee. Doktor-doktor pun ramai yang guna Shaklee. Untuk apa ?  Tujuan utama mereka adalah untuk kekal sihat.

Saya akui kesihatan memang dari ALLAH S.W.T. Tapi ingat kita perlu jaga amanah yang diberikan supaya kita kekal sihat untuk sujud beribadah kepada Nya. Kesihatan itu adalah amanah dari Allah yang perlu dipelihara.

Jadi marilah Kekalkan kesihatan anda dengan Shaklee!

Kesedaran itu adalah berharga. Tapi dengan pengetahuan tanpa kesedaran tidak memberi makna.

Anda bertuah kerana anda telah sedar !



Shaklee id : [921401]  
SMS / Whatsapp : [017-4387016]
Email : cnurul79@yahoo.com
 LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak 

Monday, March 17, 2014

Dah lama jumpa, baru nak cerita !

Haha...cerita ni dah basi sebenarnya. Belek2 pictures kat HP, nak releasekan RAM, tetiba jumpa gambar ni. Dari saya delete, baiklah saya menterjemahkan ceritanya di Blog ni.

15hb Nov 2013 lepas Shaklee Malaysia Billboard officially boleh dijumpai disepanjang lebuhraya utara-selatan. Kalau dulu jangan harap ler nak jumpa sebarang signboard Shaklee ni... tapi kini   Shaklee Semakin fenomena. Semakin dikenali. Dikenali bukan kerana DUTA dari kalangan artis, tetapi #Shaklee dikenali sebab quality produknyer sendiri. Selamat, berkesan dan semulajadi. Yang penting HALAL

# Duta Shaklee adalah dari kalangan pengguna2 kebanyakan. 
Billboard ni saya jumpa kat Lebuhraya Gopeng-Tapah, Perak. Jom uols rebut peluang untuk bersama keluarga Shaklee SUPERmommies saya dalam menghubungkan anda kepada hidup yang lebih sihat sambil menambah nilai hidup dengan menjana pendapatan tambahan buat keluarga tersayang.

Fulltime atau part time anda juga boleh berjaya selagi anda memilih, berimpian dan komited berusaha untuk mengejar impian anda itu.

Dengan hanya modal serendah RM65 seumur hidup amat rugi jika anda tidak rebut peluang yang ada sekarang !!!

"Shaklee is help others to help others"



Shaklee id : [921401]  
SMS / Whatsapp : [017-4387016]
Email : cnurul79@yahoo.com
 LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak 


Wednesday, March 12, 2014

Nak tahu kenapa saya suka ....

Tahu tak?? 

Antara sebab-sebab bisnes Shaklee ni BEST dan menjadi sebutan ramaii dan nak tahu tak kenapa saya suka SHAKLEE. Antara sebab2nya:
 
  • Setiap bulan ada promo produk hebat 
  • Setiap bulan ada reward belian 6 FREE 1 botol
  • Setiap bulan boleh jana bonus tunaiii jika anda layak
  • Setiap bulan boleh BERI FREE membership dengan pembelian 200 uv point = bersamaan rm650-700 (ikut nilai barang) 
  • Setiap bulan dapat bantu orang lain untuk ubah gaya hidup, tingkatkan kesihatan & ekonomi keluarga.

BEST kan?? Dengan hanya menjadi member Shaklee, macam-macam anda dapat. Jika anda KOMITED untuk mengubah gaya hidup anda, tingkatkan kesihatan & ekonomi keluarga anda, meh PM kami untuk tolong anda.
 


Untuk konsultasi premium dan harga istimewa, sila hubungi saya:

PROMOSI ISTIMEWA ESP SHAKLEE PADA BULAN MAC 2014 INI. HUBUNGI SAYA SEKARANG!!!

Shaklee id : [921401]  
SMS / Whatsapp : [017-4387016]
Email : cnurul79@yahoo.com
 LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak




Monday, March 3, 2014

Kenapa ESP Shaklee begitu POPULAR?

Ada apa yang istimewa dengan ESP Shaklee sehinggakan semua para pelanggan mengakui keberkesanannya? 

Jika anda adalah salah seseorang yang amat mementingkan KECANTIKAN, KESIHATAN dan ingin KEKAL BERTENAGA sepanjang hari, ESP Shaklee adalah jawapan yang anda cari-cari selama ini. 

Ini kerana ESP SHAKLEE ADALAH HOT SELLING / BEST SELLER/ POPULAR PRODUCT/ HIGH ON DEMAND dalam banyak-banyak produk Shaklee! 

Mengapa? Kenapa? Bagaimana? Semuanya akan terjawab apabila anda membaca artikel ini sepenuhnya. Bacalah dengan teliti dan tekun, rangkuman 12 Soalan Popular mengenai faedah dan kebaikan Energizing Soy Protein  atau ESP Shaklee ini untuk anda.
 

1. Apa itu Energizing Soy Protein atau  ESP?
  • Ia adalah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangkan dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP digalakkan dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu yang tinggi.
2. Mana yang lebih bagus untuk susu ibu antara ESP dengan Alfalfa? 
  • Protein membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu. Alfalfa juga mengandungi protein TETAPI dalam kuantiti yang sedikit berbanding ESP. Sebenarnya, kedua-duanya bagus untuk ibu dan kesannya adalah berbeza kepada setiap individu. Sekiranya anda ada bajet tertentu,  harga Alfalfa lebih murah berbanding ESP. Paling penting, bagi menjamin keberkesanan dan susu bertambah, kekerapan penyusuan haruslah dalam tempoh setiap 3-4 jam dan tujuannya supaya payudara dapat dikosongkan.
3. Berapa harga satu canister ESP?
  • Harga ESP bagi Semenanjung ialah RM150. Manakala bagi Sabah dan Sarawak ialah RM155. (Sila hubungi saya untuk mendapatkan harga istimewa).
4. Berapa lama boleh tahan/digunakan untuk satu canister ESP?
  • Dengan kadar pengambilan sebanyak 3 sudu sehari, satu canister ESP boleh bertahan sehingga satu bulan setengah.
5. Siapa yang tidak boleh mengambil ESP? 
  • Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein sahaja yang tidak digalakkan. 
6. Siapa yang boleh mengambil ESP? 
  • Sesuai untuk semua janitina lelaki dan perempuan.
  • Ibu-ibu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan kekal cergas. 
  • Wanita yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat! 
  • Ibu-ibu yang menyusu anak: Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) susu di samping digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman susu yang konsisten. 
  • Pesakit kencing manis: Mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa. 
  • Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu dan berseri untuk tatapan si dia yang tersayang. WOW…!!
  • DAN lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang, yang berdiet, ingin tambah tenaga. Pendek kata, anda, saya, kamu dan dia yang sihat dan ingin kekal sihat. Insha-Allah!
7. Apa rasa ESP sebenarnya? 
  • ESP Shaklee berperasa mild soya. Sekiranya anda tidak gemar atau tak menyukai rasa soya, ada pelbagai resepi ESP lain yang boleh dicuba: Resepi ESP (klik sini)
8. Jika saya ingin order hari ini, bila saya boleh terima?
  • Insha-Allah, penghantaran mengambil masa 1-4 hari bekerja bergantung kepada kawasan anda.
9. Adakah masih perlu ESP jika saya sudah ambil Alfalfa? 
  • Boleh. Anda boleh mengambil kedua-duanya sekali jika anda mahu dan berkemampuan. Alfalfa dan protein mengandungi banyak kebaikan dan kelebihan lain yang baik untuk kesihatan anda.
10. Apakah kebaikan dan kelebihan lain ESP ini?
  • Membantu pembentukan sel-sel baru.
  • Terbaik untuk individu yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan.
  • Terbaik untuk kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut.
  • Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak. Justeru, anda boleh kongsi dengan anak yang berusia  1 tahun ke atas & keluarga.
  • Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan.
Kebaikan ESP 10 SOALAN POPULAR MENGENAI ESP SHAKLEE 
 11. Bagaimana ESP sebagai sumber protein yang lebih berkualiti. 
  • 25 PERATUS daripada tubuh badan manusia dibina daripada PROTEIN. Contohnya seperti kuku, kulit, otot-otot sebenarnya berasal daripada protein. Percaya atau tidak, itulah kenyataannya.  
  • Ringkasannya, struktur dalam tubuh badan manusia dibina daripada susunan berikut: SEL ——> TISU ——–> ORGAN ———> SISTEM  
  • Struktur badan kita terdiri daripada SEL. Kemudian, sel-sel ini akan membentuk tisu-tisu. Seterusnya, tisu-tisu akan membentuk organ dan akhir sekali, organ-organ ini akan membentuk sistem.  Oleh sebab itu, badan kita SANGAT memerlukan PROTEIN.  
  • Ingin tahu mengapa? Sebabnya PROTEIN adalah makanan utama bagi  sel tubuh manusia. Sel-sel yang sihat akan dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat dan cergas. Setiap hari, anda akan makan lauk-lauk yang mengandungi sumber protein bukan? Seperti ayam, daging, telur, ikan, kekacang dan banyak lagi.  
TETAPI, tahukah anda sebenarnya PROTEIN sangat MUDAH TERMUSNAH apabila dikenakan SUHU TINGGI? Contohnya anda goreng ikan. Berapa banyak PROTEIN yang tinggal? Anda tak tahu kan? JADI, apa kata anda ambil ESP sebagai sumber PROTEIN yang lebih berkualiti. Oh! Semestinya ESP mematuhi kriteria pemilihan soya yang selamat. Paling penting, ESP sentiasa SELAMAT, sentiasa BERKESAN dan sentiasa MESRA ALAM. RAMAI YANG TELAH MERASA KEBAIKAN DAN BETAPA BAGUSNYA ESP SELEPAS MENGAMBIL SECARA KONSISTEN SELAMA 3 HINGGA 4 MINGGU. Ada yang kata, kulit makin licinlah, kulit makin lembut, parut jerawat makin pudar, rambut dah kurang gugur, susu makin banyak, suami makin sayang dan macam-macam lagi! 
12. Bagaimana nak order ESP?
  • Anda cuma perlu hubungi saya dan saya akan uruskan pesanan anda dengan kadar segera. Jangan berlengah lagi untuk melaburkan wang bagi mengekalkan kesihatan di tahap optimum. 
Untuk konsultasi premium dan harga istimewa, sila hubungi saya:

PROMOSI ISTIMEWA ESP SHAKLEE PADA BULAN MAC 2014 INI. HUBUNGI SAYA SEKARANG!!!


Shaklee id : [921401]  
SMS / Whatsapp : [017-4387016]
Email : cnurul79@yahoo.com
 LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak




y
t
u
a
e
B
s
i
y
h
t
l
a
e
H